Siapa tak sayang mak....cerita aku pasal mak, pendahuluan aku di blog sebagai blogger....
Salam...
Seorg insan yg dlm carta org terpenting dlm hidup aku..semestinya mak aku. Dulu masa kecik2, mak aku mmg garang. Tmbh2 pula ank dara dia yg nombor dua ni pelik sikit perangainya. Smpai la aku membesar, mak aku still marah2. Pantang salah sikit. Tmbh2 klu aku guna barang dia kat dapur. Klu bab masak lg la....jgn harap dia puji. Sbb tu kot mendorong lg kemalasan aku nak masak (Blh ke salahkan mak? tak ptt). Setiap kali aku balik kampung dan mula nak masak, mak aku akn marah2 sbb aku tak hafal lg bahan2. Dan aku pun suka la nak tanya msa mak aku duduk depan , dan aku kat dapur...jiran2 akn tahu yg aku dh balik kampung (hahahahahaha). Tapi lain pula ceritanya bila aku jauh kat mata dia, dan bila aku call tanya resepi, mak aku akn bgtahu lembut2 dan bgtahu satu2 secara detail n petang nnt msti dia akn call balik tanya menjadi tak aku masak(selalunya klu tak jadi pun aku jwb jadi). Bila difikirkan balik...that's my mum. Garang2 dia, aku tahu dia syg aku. ~ Tak kisah la klu dia marah if aku ada boyfriend (zaman muda2 dolu), tapi bila aku putus cinta, mak aku akn keluarkan statement "tak pe, nnt akn jumpa yg lebih baik, tak pyh nak sedih2".~ Mak aku mmg bukan org yg romantik, sbb dia tak tahu mcm mn nak tunjuk kasih syg dia. dan mak aku mungkin tak sesporting mak org lain, tapi....kami satu family tetap sygkan dia.
Cerita ni pasal hari ibu tahun ni yg kita sambut 9 May 2010. Selalunya aku la yg paling awl nak wish bufday, aniversary, hari ibu, hari bapa malah aku yg selalu igtkan adik2 dan kakak aku klu ada tarikh keramat yg kami kena sambut. Dan pada tarikh hari ibu tahun ni...aku lupa. Aku ada call mak pagi tu, tapi ckp pasal lain, dia pun tak igtkan aku. Masa aku teringat petang tu terus aku call, dan mak aku ckp.."selalunya hang yg wish dulu, mak igt dh lupa dh tdi" ~ Terharu aku. selama ni aku wish mak aku wat bodo je. Rupa2nya mak aku kisah sebenarnya. ~
Pernah sekali hari tu bufday aku, satu family lupa. Aku buat bodo je smpai mlm. Masa tgh tgk TV, aku tanya adik aku, hari tu bape haribulan(Dh org lupa terpaksa la aku igtkan, bufday org aku igtkan, bufday sndri tak de siapa nak igt). Masa tu baru adik aku bising2 yg hari tu bufday aku. Semua org wish, (w'pun dh mlm)...kecuali mak aku. Mak senyum ja masa tu. Tapi aku still tgu dia wish bufday pada aku. Smpai la dia masuk tdo...kecik hati aku masa tu. Tapi esknya, mak aku buat keaw teaw sup, pagi2 dh siap dh. Selalunya mak akn wat sebagai makan petang kami satu family. w'pun dia masih tak ckp apa2, aku happy sgt2 sbb dia buat mknan favourite aku.
P/s: I love my mum w'pun dia selalu tak menzahirkan kasih sygnya (kena paham2 sndri). Klu hilang mak, tak ada sesiapa blh ganti tempat dia dihati aku. Selamat hari ibu Mak.
Pengikut
- DaN biLA eSok....
- Perempuan,straight, kadang2 suka sunyi, kadang2 suka drive tuk hilangkan tension yg melanda...biasa la, hidup tak selalunya happy....apa lagi ek pasal aku...hurm..susah nk ckp pasal diri sndri...
ElmO in da House.......(",)
Salam,
Sometimes it’s better to put love into hugs than to put it into words
Regards,
Emma
16/07/2011
Sometimes it’s better to put love into hugs than to put it into words
Regards,
Emma
16/07/2011
About Me
Cinta Utk Cinta
Cinta-Semalam
Kenapa cinta semalam....?
Kerana cinta semalam, aku adalah aku pada hari ini.
Sakit kalau hilang cinta, tapi tanpa cinta aku blh bahagia jugak. siapa ckp tanpa cinta, hidup kita bosan. aku masih ada cinta ibubapa yg tak pernah berbelah bagi, aku ada kasih sayang kakak dan adik2 yg takkan curang pada aku, cuma aku tiada cinta dia. Hati kosong tak bermakna jiwa turut kosong. memang aku tak pernah rasa apa rasa cinta sejati tapi cinta semalam membuatkan aku matang dlm mencari cinta utk esok.
Kerana cinta semalam, aku adalah aku pada hari ini.
Sakit kalau hilang cinta, tapi tanpa cinta aku blh bahagia jugak. siapa ckp tanpa cinta, hidup kita bosan. aku masih ada cinta ibubapa yg tak pernah berbelah bagi, aku ada kasih sayang kakak dan adik2 yg takkan curang pada aku, cuma aku tiada cinta dia. Hati kosong tak bermakna jiwa turut kosong. memang aku tak pernah rasa apa rasa cinta sejati tapi cinta semalam membuatkan aku matang dlm mencari cinta utk esok.
Selasa, 11 Mei 2010
Langgan:
Ulasan (Atom)