Cinta Utk Cinta

Cinta Utk Cinta

Cinta-Semalam

Kenapa cinta semalam....?

Kerana cinta semalam, aku adalah aku pada hari ini.

Sakit kalau hilang cinta, tapi tanpa cinta aku blh bahagia jugak. siapa ckp tanpa cinta, hidup kita bosan. aku masih ada cinta ibubapa yg tak pernah berbelah bagi, aku ada kasih sayang kakak dan adik2 yg takkan curang pada aku, cuma aku tiada cinta dia. Hati kosong tak bermakna jiwa turut kosong. memang aku tak pernah rasa apa rasa cinta sejati tapi cinta semalam membuatkan aku matang dlm mencari cinta utk esok.




Jumaat, 11 Jun 2010

Kursus Kereta Vs Kursus Kawen...

Dicatat oleh DaN biLA eSok....

cerita ni cerita benar semata2 tak ada yg lagi benar melainkan yg benar,

Alkisah ni berlaku ahad minggu lepas dipagi yg hening dan tak beberapa nak sejuk sgt sbb aku dr awl pagi dh hot. dengan perasaan yg berkobar2 nak bawa kereta, akhirnya aku berjaya jugak mendaftarkan diri ke kelas memandu kat gombak yg berpengkalan dan beragent kat wangsa maju, tempat aku tinggal skrg ni. aku pergi dengan housemate aku.

Seawl 8 pagi seperti yg dijanjikan aku dan kwn aku ni dh tercongok kat kedai apek ni. dia yg bawa ke tempat blaja tu. sepanjang perjalanan kami dh sibuk bercerita pasal nak beli kereta apa. hahahahahhaha.....
Pukul 8.45 (lebih kurang) kami dh smpai kat sana (Gombak). lepas daftar p breakfast dulu kat kantin (aku dengan mkn kan tak dpt dipisahkan) lepas tu Uncle agent pesan, klu pintu bilik tu bukak baru pergi. yg aku dengan housemate aku ni pun tunggu la, dr berdiri smpai la duduk, lepas tu berdiri balik, pintu tu tak bukak2 lagi pun. aku fikir maybe pukul 9.30...akhirnya smpai nak dekat pukul 10 pintu tu tak bukak2 lagi...aku dengan kwn aku ni tkt jugak kot2 org dh nak habis dengar ceramah kami dok kat luar lagi. akhirnya....
Pukul 10.15, penceramah pun dtg....dengan bersongkok dan muka kerek giler....dia sound semua org yg dlm bilik tu. ayat dia.."dtg duduk depan, klu nak duduk belakang baik tak pyh dtg sini dengar ceramah, blh balik" lebih kurang la ayat dia. aku ni dh hot sikit sbb tgu dia masuk lmbt, alih2 dia masuk dia sound gitu. tapi hot2 aku, aku bangun jugak duduk depan dengan kwn aku tu. aku duduk betul2 depan dia sbb depan aku dh tak de org nak duduk.
yg aku geramnya tu, asyik dia bercerita alkisah hidup dia dr dia mula2 kerja smpai la skrg ni umur dia 60thn...ape kes? aku dengar ceramah lesen kereta ke ceramah soal pedoman hidup??? dengan kesabaran aku yg tipis dan nipis mcm roti tisu ni, aku dengar jugak. sbb dh la duduk depan terpaksa la buat2 dengar. padahal telinga kau ni clear je dengar org berdengkur kat belakang. tapi penceramah tu tetap bercerita non stop.
tibalah saat yg membuatkan aku geram...1st, dia tanya 3 org depan termasuk aku " kenapa perlu ada lesen?" aku jawab senang aku nak balik kampung, kwn aku ckp utk kemudahan diri sndri, sorang lagi pul ackp senang nak p kerja...jwpn dia " Sbb kerajaan malaysia dh keluarkan undang2 bahawa semua yg memandu kenderaan bermotor tak kiralah motor ke, kereta ke, lori ke perlu ada lesen." k fine...jwpn yg blh diterima.
soalan kedua yg dia tanya aku, andai kata dlm dunia ni ada 3 org saja...aku dengan dua org lelaki. seorg lelaki ni kurap penuh kat badan, tebal seinci. suka mengaru2 sbb kurap tu dh banyak sgt n tebal tapi dia kaya raya. duit dia tu mkn 7 keturunan pun tak habis. seorg lagi lelaki pula, hensem, tgk pun stim jer (Ayat penceramah tu) tapi poket kosong...harapkan muka ja la. dia tanya aku nak pilih siapa. belum sempat aku jawab, dia dh jwb bg pihak aku.. "perempuan ni mesti pilih yg kaya, kurap pun kurap la. janji poket tebal. duit byk blh buat mcm2...kurap pun jadi small the matter." aku senyum je w'pun dlm hati aku bengkek je. dia ckp smbil jeling2 aku.
sebenarnya klu dia nak dengar jwn aku...aku nak jwb aku tak pilih sesiapa. tak kawen pun tak pe! reason aku,...lelaki yg hensem tapi poket kosong tu, sah2 pemalas. klu aku kawen dengan dia siap2 aku yg kena sediakan mkn minum dia. tlg sikit...kirim salam byk2 aku nak buat mcm tu. lelaki kedua, yg kurap tapi kaya...tak ke kurap tu terjadi klu kita ni pengotor. setakat yg aku tahu, klu ada satu kurap pun, tak kisah la lelaki ke perempuan, mesti dh kecoh2 pergi farmasi cr ubat. tak pyh tunggu penuh satu badan. klu kurap satu badan tu bukan penyakit, tapi pengotor tahap gaban serta tak ambil peduli soal kesihatan, dh sah2 kau kaya, kenapa tak berubat. ( tapi kan ke sebenarnya tak perlu tanya soalan ni dlm kelas nak ambil lesen L memandu)
soalan ketiga-yg agak relevent sikit masa ceramah ni...soalan yg jugak ditujukan pada aku. dia tanya andai kata tengah diuji oleh JPJ dan kereta yg aku bawa tu tak de viper, hujan pula turun setitik....apa aku nk buat klu JPJ dh tegur, hujan!!! dia tanya aku soalan, tapi dia still ckp. aku senyum je la. alih2 dia tunjuk arah aku n ckp " Awk ni kan, sy tanya soalan awk buat mcm tu sy rasa awkni kwen dengan pilihan org tua je la, tak pun kawen dengan org tua." time tu aku punya hot gila babi tak igt. suka2 hati mak nenek dia je sound aku mcm tu. aku terus tak senyum. bila dia tanya aku hanya geleng dan angguk, aku tak senyum dh...bila lama2 dia sound aku lg... nak kawen nnt pilih yg baik tak (aku angguk), tak nak kan yg minum arak (aku geleng), yg judi pun tak mau kan? (aku angguk) alih2 dia ckp, sy pun ok, sy ni baik apa, lepas ceramah ni mesti pergi surau....Motif????
masa tu bukan setakat suhu mendidih, dh suhu gunung berapi nak meletup dh. and dia mention lagi yg aku ni mcm nak kawen dengan org tua ja byk kali ada la dlm 3 4 kali.. siut betul. bukan la aku nak kurang ajar sgt tapi mcm tu la aku rasa. aku buat je muka masam smbil pandang tempat lain smpai dia habiskan sesi ceramah dia. aku tahu dia nak melawak, tapi apehal mention yg aku nmpk mcm nk kawen dengan org tua byk kali dlm kelas yg dh tentu2 ramai org. aku ni dh la agak2 pemalu, mmg bertambah malu la aku bila mamat sebelah aku pun dh gelak2.
bila habis sesi ceramah tu, aku ckp la dengan kwn aku yg aku terasa dengan penceramah tu, rupa2nya dia pun benggang jugak sebab beberapa benda yg org tu ckp. yg paling benggangnya dia ckp semua org yg meninggal sbb kemalangan tu semua nya org bodoh. " bodoh tak kenyataan dia???" yg dlm kelas tu pelbagai jenis org dan bangsa dan semestinya hidup mcm2 dh dilalui. blh dia ckp semua org yg mati sebab kemalangan tu org bodoh.
nasib baik la ceramah kereta tu sekali je...

1 ulasan:

yunNs Chronicles berkata...

hu..bawak2 la bersabar ye ema..

Catat Ulasan